Biarpun asalnya aku hanyalah seorang budak setinggan yang hidup dalam kedaifan dan berlumpur dalam kemiskinan, berkaki ayam, berlengging berlari ke sana ke mari. Biarpun pernah suatu ketika aku hanya mengutip sisa untuk membina kehidupan, namun takdir Tuhan aku terima dengan sepenuh hati.
Hari ini Allah SWT telah menjawab persoalan aku; kalau bukan kerana takdir menempatkan aku sebagai budak setinggan, aku tidak mungkin akan mengerti apa itu kesusahan. Begitulah tarbiah Allah SWT yang aku menjiwai dan memahami kehidupan yang penuh warna warni.